Altenatif Sumber Air

Disini kami ingin berkongsi sedikit petua untuk mendapatkan air dari sumber-sumber altenatif jika belaku sesuatu dalam keadaan yang mendesak.

Akar Kayu
Kebanyakan akar kayu mempunyai kandungan air yang banyak. Air akar yang boleh diminum mempunyai cirri-ciri air yang jernih, cair dan tidak berbau. Akar yang dipilih hendaklah dipotong menyerong kebawah dan pisahkan terus dari bahagian akar yang lain. Air akan menitis melalui akar yang dipotong tersebut. Antara jenis akar yang boleh diminum ialah ( Akar Mempelas, Akar Lundang, Akar Plek )

Rotan
Semua jenis rotan mempunyai kandungan air yang boleh diminum. Walaubagaimanapun pilih rotan yang besar supaya kuantiti air yang dihasilkan mencukupi untuk diminum. Buat keratan seperti kaedah memotong akar.

Buluh
Buluh juga menyimpan kandungan air yang boleh diminum. Potong bahagian pangkal buluh dimana bahagian ini banyak mengandungi air yang terkumpul. Pastikan bahawa miang buluh tidak memasuki ke dalam air yang hendak diminum.

Batang Pokok Pisang
Potong batang pokok pisang tersebut dengan hanya meninggalkan lebih kurang 30 cm daripada pangkal pokok tersebut. Korekkan pada bahagian tengah potongan pokok tersebut supaya membentuk seperti mangkuk. Air daripada daripada akar tersebut akan mula memenuhi lubang tersebut. Air permulaan yang memenuhi ruangan itu akan berasa sedikit pahit tetapi lama kelamaan ia akan beransur tawar. Batang pokok tersebut boleh menghasilkan air sehingga 4 hari. Pastikan ia sentiasa ditutup untuk mengelakkan daripada dimasuki serangga.

Tumbuhan Periuk Kera
Tumbuhan ini mempunyai bahagian yang berbentuk periuk yang boleh menakung air. Air yang terkandung dalam periuk yang belum terbuka adalah lebih bersih daripada periuk yang telah terbuka.

Lumut
Tumbuhan ini juga menyimpan air tetapi mempunyai kuantiti yang agak rendah. Untuk mendapatkan airnya, perah dengan tangan dan air dititiskan terus kedalam mulut atau bekas yang tertentu.

Air Hujan
Air hujan boleh ditadah menggunakan sebarang bekas.

Air Embun
Pada waktu pagi sejumlah air yang mencukupi boleh diperolehi dengan melurut daun atau rumput dengan jari supaya air yang melekat pada daun dapat dititiskan ke dalam bekas atau boleh diminum terus secara menjilatnya.

Ikan
Jika berada di laut, dapatkan sejumlah ikan yang mencukupi dan buangkan perutnya. Ikan tersebut dicincang dan perahkan dengan tangan untuk mendapatkan airnya.

Peluh dan Air Kencing
Dalam keadaan kritikal, sekiranya ketiadaan pilihan yang lain, peluh dan air kencing juga boleh diminum. Tetapi ia tidak boleh diambil dengan banyak kerana mempunyai kandungan garam yang tinggi.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © MyKembara Outdoor Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur