Ku Temu Cinta Di Gunung Baling







10 oktober 2009, akhirnya penantian yang sebegitu lama dapat dilaksanakan. Impian aku untuk mendaki Gunung Baling yang terletak di Pekan Baling, Kedah Darul Aman akhirnya tercapai.

Dengan ketinggian 500 meter Gunung Baling bukanlah pendakian yang terlalu mencabar bagi sesetengah pendaki tegar. Tetapi ketinggian gunung tersebut tidak menggambarkan mudahnya untuk kita menawannya. Treknya pendakiannya yang hampir 60 darjah sungguh mencabar terutama untuk turun kembali.


trek pendakian melalui kebun getah dan dusun


Di sepanjang trek kita terpaksa melalui bongkah-bongkah batu yang terdapat di sepanjang trek. Anda perlu berhati-hati kerana terdapat batu-batu yang tajam. Pendakian hanya mengambil masa 2 jam, di tengah pendakian anda berpeluang untuk berehat di satu kawasan dinding batu kapur, terdapat bermacam-macam bentuk batuan disini dan lubang batu kapur yang membentuk gua.


berehat seketika di tepi dinding batu kapur


Selepas itu trek pendakian semakin mencabar, semakin hampir ke puncak, treknya ditumbuhi pokok-pokok renek, semasa ini kepanasan pancaran matahari amat dirasai. Semasa ini anda terpaksa meniti atas batuan yang tajam. Tetapi disaat ini pemandangan yang sungguh indah akan anda nikmati. Anda dapat melihat banjaran gunung ini mengujur hingga ke gunung pulai. Dapat anda lihat betapa indah dan agungnya ciptaan ilahi.




pendakian pada peringkat yang sukar


Semasa di puncak anda dapat berehat di celah rumpunan buluh renek. Rumpunan buluh ini memberikan pelindungan daripada sinaran matahari. Disinilah kami memasak untuk makan tengah hari, bak kata pendaki-pendaki tegar "pikul macam hamba, makan macam raja" itulah kata-kata yang tepat untuk setiap ekspedisi kami kerana makanan yang dihidangkan tengah hari itu memang cukup mewah . Perjalanan turun mengambil masa 75 minit. Anda perlu berhati-hati kerana kecerunan treknya.

Trip mendaki Gunung Baling 2009, walaupun trip sehari, tetapi memberi kepuasan dan pengalaman yang sangat beharga. Warry, Abg Am, Pok Mie, Pok Mat, Hafiz, Aiman, Juan, Arip, Azim, Holie, Mat, Kamil, Aini, Wani, Bro Mie dan anak, Zaini, Rizal serta empat lagi awek-awek yang aku tak ingat nama.... Kenangan mendaki Gunung Baling memang tersemat di dalam diriku.

Gunung Baling, aku akan kembali!


dalam memori bukh81

2 comments:

Juw-one said...

banyak gambor si seluar oren tu~ cambest lak beliau~ lalalala~ tahniah mykembara~

*masih menunggu ketibaan sulung mykembara 2010*

MyKembara Outdoor said...

pirate's crackerx : insyaallah,album sulung kami akan muncul dlm thun ni..hehe..

Post a Comment

 
Copyright © MyKembara Outdoor Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur