ASAS SKIL SURVIVOR

API

api merupakan sumber terpenting. Api boleh digunakan untuk pelbagai keperluan seperti memasak, memanaskan badan, memberi isyarat kecemasan, memberi cahaya serta menghalau binatang buas. Setiap orang yang terlibat dalam aktiviti outdoor perlu untuk mengetahui cara untuk menyalakan api dalam keadaan biasa dengan menggunakan peralatan biasa ataupun dalam keadaan terdesak, di mana kita perlu menggunakan kemahiran yang ada untuk menyalakan api tanpa peralatan.
Semasa perkhemahan, bagi menghasilkan unggun api, cari bahan bakar seperti daun dan kayu kering dengan saiz yang sesuai. Jumlah dan kuantiti bahan bakar yang dikumpul mestilah dua kali ganda daripada jumlah yang dirasakan perlu untuk satu malam, ini kerana kebiasaannya penggunaan bahan bakar ini akan melebihi dari jangkaan kita. Kawal pembakaran unggun api tersebut dari merebak dan merosakkan kawasan persekitaran.


PERLINDUNGAN

Perlindungan bermaksud melindungi diri daripada terdedah kepada pancaran matahari yang berlebihan, keadaan sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh menambah dan mengurangkan suhu badan kita bolehlah dianggap musuh. Pakaian yang sesuai merupakan cara perlindungan pertama selain tempat berlindung seperti khemah, pokok, gua dan sebagainya. Pastikan pakaian atau topi yang dipakai sentiasa kering bagi mengekalkan suhu badan kita pada tahap normal. Pastikan tempat perlindungan yang didirikan adalah mudah, kukuh dan dapat menampung keperluan peserta. Untuk mengelakkan kelembapan dan hujan boleh gunakan flysheet atau baju hujan untuk menutup tempat perlindungan atau dijadikan selimut. Jangan bazirkan tenaga untuk membuat tempat perlidungan jika sudah terdapat tempat perlindungan semulajadi seperti gua.


ISYARAT

Isyarat boleh digunakan untuk meminta pertolongan, bantuan serta menarik perhatian dan bagi menandakan kehadiran kita di sesuatu kawasan. Antara isyarat yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut adalah api dan asap, chaya lampu suluh, penanda bewarna cerah, bendera, cahaya pantulan cermin dan bunyi wisel. Kebanyakkan operasi menyelamat dijalankan dengan pemantauan dari udara, jadi terdapat beberapa isyarat yang boleh dilakukan untuk menarik perhatian dari udara. Isyarat-isyarat tersebut seperti asap atau pakaian yang bewarna cerah untuk membezakan kedudukan anda dengan kawasan sekitar.


MAKANAN DAN MINUMAN

Makanan dan air merupakan keperluan asa yang paling penting dan berkait secara langsung dengan survival. Dalam keadaan terdesak, kawal penggunaan makanan dan minuman seminima mungkin. Kawal pengeluaran peluh untk mengelakkan kekurangan air didalam badan dengan mengelakkan dari melakukan perkara-perkara yang kurang penting. Seorang yang normal biasanya boleh bertahan selama tiga hari tanpa meminum air. Jangan sesekali memakan tumbuhan, buah-buahan atau binatang yang anda sendiri tidak pasti. Jangan sesekali meminum air yang kotor, berbau, berkabut dan melekit. Air hendaklah dididihkan terlebih dahulu untuk mengelakkan jangkitan daripada bakteria yang memudaratkan kita. Sebaiknye berusaha untuk mencari sumber makanan dan minuman sebelum kita kehabisan stok yang ada.


PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas ini termasuk peralatan dan kelengkapan serta keperluan perubatan peribadi yang boleh digunakan ketikamenghadapi situasi kecemasan seperti sesat, kecederaan dan kecelakaan. Apa yang lebih penting ialah bertenang, jangan terlalu panik. Cara yang bijak ialah dengan bertenang, menarik nafas dalam-dalam, berfikir dengan rasional dan merancang apa yang perlu dilakukan. Periksa segala keperluan sebelum melakukan sebarang aktiviti outdoor. Buat senarai semak peralatan yang perlu dibawa. Pastikan anda tahu apa yang perlu dibawa dan tahu menggunakannya ketika diperlukan.







2 comments:

Juw-one said...

tahniah mykembara atas info survival~
berguna untuk beginner cam sy~

Juw-one said...

masih menunggu 'anak sulung' mykembara nih~

Post a Comment

 
Copyright © MyKembara Outdoor Blogger Theme by BloggerThemes & newwpthemes Sponsored by Internet Entrepreneur